about me

Saturday, November 15, 2014

the holiday had begun

Hai, Assalamualaikum. apa khabar semua? dah lama tak dengar khabar berita. maklumlah sejak duduk asrama memang dah kurang dapat post anything kat blog. lagi2 dengan memang jarang pegang laptop. haa, macam sekarang nie sebab dah start cuti tu yg jenguk balik blog nie. dah bersarang dah ha. maklumlah sebelum start cuti nie tak balik rumah pun sebulan. disebabkan exam. klau ikutkan exam 2 minggu je tapi saja tak nak balik. kot2 kat rumah rindu life dekat asrama ke kan. haha. rindu mereka2 yang di asrama tu ke.. hehe. 

okay, start from now, tak tahu nak buat apa lagi bila dah start cuti nie. just hope tak duduk rumah yg jenis tido, makan, tido makan je. err --' Otw searching for a job but I'm scared if I can't get any job cause I'm still not officially sixteen. haaa, speaking gua. semua pertikaikan why why whyyyyyy ika masih lagi tak masuk 16. sedangkan orang lain tunggu nak masuk 17. haha. ini kurang ajar namanya tahu. memang ika yang tetapkan ika nak lahir bila kan? --'

bukan nak cakap apa la kan, just nak cerita apa yg jadi sebelum start cuti nie. hehe. okay, first.. meh ler kita cerita pasal masalah dorm dulu yok. ada la kan, sebelum kiteorg bergaduh again nie, kiteorg dah selesaikan satu masalah tu, then tetiba gaduh lagi. err --' act time tu ada jamuan blok pulak! haaa, start tu la rasa mcm.. errr.. mcm mane la nak bekerjasama time tu.. hadoi. sabar je --'

time tu jamuan sumpah mood mmg spoil habis. maybe sebab masalah tu tak selesai lagi. erm. pastu lepas je kiteorg dah hbis jamuan tu sorang bersuara nak selesaikan malam tu jugak. haa, selesaikan je la sampai 2 pagi. 1 jam lebih jugak bincang. luahkan apa yg dirasa. sepanjang kiteorg kenal semua tu. mcm buat kesimpulan sepanjang perkenalan kiteorg tahun nie. dari 20 januari smpai 14 november 2014. 

Alhamdulillah dah selesai segalanya. semua bermaaf-maafan. dari situ jugak la mengenali salah antara satu sama lain. cuba perbaiki diri in shaa Allah. act bila aku masuk kv and duduk dalam dorm H2 tu, asyik ajak meeting, bincang apa masalah budak dorm antara satu sama lain. luah apa yg dirasa. erm, tak pernah buat mcm nie. lagi2 luahkan perasaan. yang nie yang rasa stress sikit sebab memang tak pernah luahkan. bila kena paksa semua tu, confirm rasa tak suka bertandang. tapi btol la orang kata, bila tak luah memang sakit, rasa lain bila tak jadi macam biase. haih, so kita luahkan je la.

so, dah luahkan tu dan dah berbaik tu, kira selesai. then datang pulak yang lain. hal kelas pulak. haa, memang banyak dugaan bila dah nak dekat cuti nie en. kelas pulak ada konflik dengan guru kelas. erm. kes duit. kira macam duit kelas ke apa ke yang berkaitan dengan kelas dia pegang. kira dia jadi guru kelas just setahun. kiteorg pulak dkt kv tu 4 tahun. so, mesti la nak duit tu kan. yang cikgu tu pulak dia nak gunakan semuanyaaaa duit kiteorg just for jamuan and kiteorg just like.. bukan sikitttt. 1000++ kot. takkan semua nak habiskan untuk jamuan yg dah tentu2 buat sekali je. gila pe kan. so, ramai yang bantah dan start la dingin budak kelas dengan guru kelas sendiri. err..

then guru kelas tu merajuk. so dia bagi duit kat kiteorg sruh uruskan sendiri jamuan tu and jemput cikgu2. 30 orang. dengan kiteorg ada koflik dengan di title kan kiteorg nie kurang ajar. erm. so, memang risau gila klau ajak cikgu tapi tak datang. erm. tapi Alhadulillah segalanya berjalan lancar. even ada masalah dengan makanan datang lambat dan sebagainya. err.. tapi okay la. lebih separuh yg kiteorg jemput datang. memang semua lega gilaaa ah lepas jamuan tu. take many selfie semua acc 14 tapi sorang je yang tak datang --' 

apa-apa pun memang enjoy habis la. semuanya yang diharapkan berjalan lancar. semua dengan izinNya. Alhamdulillah :) but something yang tak diingini dan memang tak sedap hati terasa bila dah otw nak start cuti nie, erm. ramai yang buat ayat sebak and then tetiba2 baru nak announcement nak pindah bagai en. sumpah sedih gila la lepas dapat tahu tu. rasa macam nak ngamuk pun ada bagitahu lelambat. haih. itu pun tak dapat buat memory mana pun dengan dorang. bukan sikit yang nak pindah. ramai pulak. lebih 5 orang. ramai yang gua rapat pulak yang pindah. mana tak sedihnyaaaaa :'(( hm.

apa-apa pun, sepanjang perkenalan kita, aku hargai. korang layan aku, cara aku yang annoying nie. terima aku sebagai kawan kau. tak kesah lelaki atau perempuan. aku hargai. gonna miss you all. seriously, aku tak nak lupakan kenangan dengan korang. hm, sampai sini je la post kita kali ini. walaupun macam2 dugaan yang datang menimpa, cuba tabahkan diri dan sabar untuk menempuhinya. Allah sentiasa bersamamu. Assalamualaik. ;)

Sunday, July 13, 2014

I really need your help.

hai. Assalamualaikum. tetiba nak post something.mungkin luhakan perasaan sbb tetiba tak dapat tido pulak. haha. entah la. just kesian kat kawan ika nie. apa yang berlaku kat dia sekarang samaaaaaaaaa gilaaaaaa macam yang ika kena sebelum nie. haih. pity of her. tapi tak la seteruk seperti apa yang kawan ika kena. about friends love. Im not gonna tell who that person. cukup cerita tentang dia. kita mula k? bismillah.

yang pasal kawan dia tu, hm. dia terang2 bagithu ika yang kawan dia tu teruk. semuanya sosial cuma dia je tak. oh dorang satu group. ada 8 orang semuanya. setiap orang dalam group tu berpasangan. kira ada la yang selalu dapat dengar masalah antara satu sama lain time tu. hanya berdua. bagus la ada group macam tu. first2 ika kagum jugak mcm mane dorang dapat buat macam tu cause ika tak dapat bayangkan if ika ada group sebesar tu. Ika tak la seramah yang disangka. cuma suka kacau orang je. haha =.='

but entah la. ada jugak keburukan group besar2 nie. bila gaduh teruk jugak. itu je la yang ika bayangkan bila dia cerita group dia seramai tu. but kawan ika cakap, that group la yang banyak bagi nasihat kat dia walau seteruk mana pun dorang tu. bagus la ada kawan macam tu. selalu ingatkan kita kan? tapi sejak dia pindah tu la banyak konflik terjadi.. mula la kawan-kawan dia kata dia sombong lupa kawan sejak pindah nie. haih. tahu kah anda perit tahu lepas dengar ayat macam tu? tak ke kau tak terpikir orang tu terasa dengan ayat kau macam kau tu jenis lupa kawan terus. fuhh hangin ler kawan ika nie. haih.

cuba bayangkan yang budak asrama nie yang kena contact dorang dulu? choi. kitaorang pun ada keje la. asrama. paham2 je la busy tu mcm mane. tu pun Alhamdulilla k dapat bawa gadget seperti phone, lappy, ipad, ipod dan sebagainya. kau ingat senang sekolah benarkan bawa semua barang tu gi asrama yang belum tentu jamin tak hilang gadget tu semua? haaa, kan dah emosi. haha. tapi serius la. jangan terlalu berharap orang akan contact dengan kita kalau kita tak ada usaha nak contact orang tu. lagi2 nak touching2 bagai nie alahai~ rindu buat cara rindu. seseorang tu akan bagi feedback yang baik if kita layan dia dengan baik. am I right? okay done for that. sambung cerita~

konflik bermula bila 2 orang dari ahli group tu pindah. then entah mcm mane dorang welcoming orang baru dalam group tu. tu tak kisah la tapi kawan ika kata budak tu la yang porak peranda kan group tu sejak dia pindah. so dia hangin la. katanya budak tu la punca segala-galanya. I don't know la kan sebab nie dengar luahan dia je dari cerita kawan-kawan dia semua tu. hm. Ika tak dapat nak kata apa la kan. then sekarang nie dorang tengah gaduh. haih. and my friend decided tak contact dorang dah. buat sakit hati je katanya. hm

tak tahu la nak cakap mcm mane. so how? tikah nie tak tahu la nak bantu dia mcm mane. tapi klau tgk dri cara kawan ika nie pun, dia pun emosi jugak. tapi entah la. dorang dah baik hari tu then ada lagi konflik tak puas hati group tu dengan dia pulak. so, dia fed up. ikut dia la nak buat apa pun. hati dia dah cukup terluka dah ika tengok tu. haih kesian dia. tak tahu la nak berpihak pada siapa sebenarnya. tapi hm. actually sekarang nie just I want to know how nak sembuhkan balik hati dia yang dah teruk tu. tambah2 lagi dengan masalah cinta pula.

sebelum pindah, she with someone that also from her old school. dengar cerita for a long time that person like her and suddenly get strength to her. that person is her bestie. actually best tahu ada bestie lelaki nie but I don't know if I have it or not but what I can see it I think I have one. heh. but tabik la kat orang tu. dia tu pemalu. haha. sesuai la dedua orang tu. dua2 pemalu. but dugaan yang nak tempuh untuk hubungan dorang berdua nie yang.. haih. mmg perlukan kekuatan yang sangat tinggi. hati yang tabah dan kuat.

jarang contact but always missing each other. I know that. tapi sape je dapat tahan kan? konflik sangat hubungan dorang nie sebab ada yang menyemak nak hancurkan. lagi2 orang tu suka pulak kawan ika nie. aduhai. lagi la. hubungan tu hancur sebab lelaki yang menyemak tu la. but now that person mintak get back. I know that thing will happen. it feel weird tetiba my friend say that person accept her break. lol my english. haha. kawan ika mintak break but dia terima? tak ke pelik? tetiba terima je? kalau ika, sumpah ika cakap ika tak terima.

tapi entah la. kawan ika tu dah terlalu hancur hati dia. dah mcm jadi heartless. that's what Im afraid for. ika tak nak benda yang dah jadi kat ika dulu terjadi kat orang yang ika sayang. haih. even baru kenal pun, ika jenis yang welcoming people who want to be in my life. I don't care sejahat seteruk mana pun orang tu sebab kawan is kawan. kawan tak perlu tengok rupa, harta, kebaikan semata-mata dan sebagainya. that my prinsip.

okay now, can you guys or sesape je la kan help me untuk bgi nasihat kat kawan ika nie? supaya dia jadi mcm biase. I mean hati dia. sembuhkan hati dia tu. I don't know how I can be okay dengan apa yang telah jadi sebelum-sebelum nie. hm. lagi2 kawan ika tu jenis memendam. haih. tu lagi susah. dulu pun teruk jugak nak pulih. tapi hm.. I don't know la mcm mane nak bagi dia semangat dan nasihat tu. sendiri tak betul. tu yang tak berapa berani nak cakap pape. kalau merepek merapu tu bleh la bagi kat ika.

dia kata ika bleh la. sedih macam mana pun ika, ika sorok dengan jadi happy semua tu tapi dia tak dapat. hm. entah la. dah lali mungkin. sebab tu dalam hidup nie jangan terlalu berharap dengan sesuatu nanti kecewa tu kita jugak yang tanggung sakit dan peritnya benda tu. that's why you need Him. Dia akan bantu kita, akan ada dengan kita walau apa pun yang terjadi. sebab tu la kita tak bleh carik Dia time kita susah je. kalau bleh, all the time carik la Dia. luah la apa2 pun kat Dia. Dia Maha Mendengar. untung tau kita ada Dia. Dia je la tempat kita bergantung, tempat kita berharap, memohon pertolongan dan sebagainya.

okay dah. kang cakap panjang lebar pun tak selesai jugak masalah nie. if you know la how to pulihkan hati yang keras, yang terluka, help me. tolong bagi ika nasihat supaya dapat kongsi ilmu. dapat jugak dibuat sebagai kekuatan bila datang ujian kelak. bantu la ya walaupun tahu this blog not really popular. I need your help. really need it. sampai sini sahaja postnya. Assalamualaik.

luahan berterabur

hey hey. assalamualaikum. hoho. lama gilos nampaknya ika tak update blog nie. dah berhabuk dah rasanya. pity you, blog. haha. bukan disengajakan. sejak masuk asrama nie ler kan, dah tak lekat dah dengan lappy. bukan diri yg tak nak lekat tapi ada yg kongker sehabis baik tu yang macam.. 'hm. k, nevermind, ada lain masa guna la lappy.' mengalah je la yg mampu sbb guna lappy untuk apa je. takkan nak kongker phone sekali lappy kot kan? tak nak la jadi tamak haloba. macam tu ceritanya~ 

haha, belum pape dah panjang menjela pendahuluan nya. ceh. ikut gaya karangan pula. haha. okay la. setakat dah lama tak on nie, ika masih bernyawa, masih bernafas dan masih hidup. kalau tak mana dapat update blog nie yok? haha. loyar buruk pula ika nie. maaf la ya. excited sikit. entah sebab apa idok ler kita nie tahu. and I'm gonna tell you abbout my life at hostel. haa. asrama kau. lepas lama berangan harap bleh duduk asrama and now I'm in it. boleh tahan best la jugak duduk asrama. eceh.

yang best nya, my ahli dorm yang paling ramai di antara semua dorm, ada kembar dalam dorm yg sama and sama rata untuk kelas yang perempuan bleh sertai iaitu, akaun and bisnes. heh. ahli dorm ika ada 10 orang. termasuk ika~ hoho. entah kenapa ika tetiba cerita psl dorang nie pun ika tak tahu. rindu maybe? haha. actually kat sana weirdo ever. panggilan pelik kat sana but nevermind. ika yg pilih panggilan tu. haha. NOMII. that's my panggilan kat sana. why? terasa tak de kaitan? oh yeah~

mmg tak de kaitan pun. disebabkan kat sana smpai 4 org atikah/atiqah (termasuk ler diri ini) so, I let that name be with me. klau bagi dorang pilihkan panggilan mahu berperang and macam2 nama keluar kang. so, better I don't let that happen la kan? haha. tahun nie.. I don't know want to say it's better than before this or not sbb yg past punya pun mmg dah sakit. tpi entah la. tahun nie rasanya kurang sikit kot. but it still same level. but, nevermind. dugaan tak seberat orang lain tanggung. muhasabah diri.

hidup di kelilingi kawan. biasa la tu kan? terlampau biasa dah. kalau dah rapat tu tak mungkin la tak de prob kan? I just behave myself. dah bagi nasihat pun macam tak jalan. dari awal lagi dapat rasa. tgk org tu. if dri cara dia boleh terima Alhamdulillah. if tak dapat tu macam mana pula? haaa, yg tu payah sikit. if dah banyak kali nasihat tak jalan jugak, berdoa je la Allah lembutkan hati dia. bukanlah nak cakap diri nie baik sangat, ada jugak kelemahannya. entah ada ke tak kelebihan dalam diri ini idok ler diketahui. 

sedih atau tak kalau dapat tahu kawan yang korang dah start sayang tetiba boleh cakap dia benci kau? apa yg kau rasa? mesti sedih kan? macam tu la aku terkena kali nie. haha. dugaan. biase la tu. tak semua orang suka kita. tak semua bleh terima kita. ye dok? dok kesah la apa pun nak jadi nanti. biar je la org tu. cukup dapat tgk orang tu gembira dari jauh. dia nak judge kita apa pun suka hati dia la. hak dia. malas kita nok melawan balik. okay done for it.

dalam membebel-bebel pepanjang nie lupa pulak nak cakap, Salam Ramadhan! haha. nampak tak terlalu masuk ke dunia emosi sampai tak de sekarang ada kat dunia yang nyata? haha. teruk btol. hope reramai ler kita dapat lakukan ibadat bebnyk pada bulan yg mulia nie yok? dan jangan lupa untuk doakan untuk saudara-saudara kita kat sana tu ya? moga Allah berkati dan lindungi mereka sentiasa. mereka mati ke jalan Allah. syurga tempat mereka. alhamdulillah. entah dapat ke tidak kita ke syurga Allah tu. hm. doa la bebnyk ya. untuk mereka di sana. doa merupakan senjata kita umat islam. pray for them!

sekian dari ika, Assalamualaikum.:)

Sunday, April 6, 2014

Hai

Assalamualaikum. Hai. Dah lama tak post apa2 kan? wuu. Maaf. Busy lately. Bnyk sgt benda terjadi. Bnyk sgt kenangan tercipta. Haha. Ohh. Lupa nak bgithu. Saya sudah pindah sekolahh. Heee. Kolej Vokasional. Ambil jurusan akauntan. Kenapa pindah? sejujurnya dah lama rasa nak pindah. Tunggu saat je dan Alhamdulillah dah pindah. About 2 bulan 3 minggu dah kat sana. And guess what? Ika duduk asramaa. Hahaha. Benda tu mmg tak disangka-sangka. Sbnrnya terpaksa. Tapi ada la jugak rasa nak duduk asrama tu mcm mane kan.. and now still lagi rasa mcm bukan budak asrama. Lol. Persekolahan start pkul 8 and hbis pkul 5. Mmg pek gila masaa. Lepas je hbis persekolahan tu, gi padang for softball. Wuu. Lepas solat isyak bru ada masa free. Letih tak letih ha kau. Kat sana susah pulak nak tido. Haiyo. Mmg ah. Paling lewat pernah tido kat sana pkul 3. Ada jugak tak pernah tido. Tak dpt tido punya pasal. Baru2 nie ada perlawanan persahabatan dgn kv sultan abdul samad kat banting. Best la jugak. Bru thu mcm mane permainan sebenar walaupun masih samar-samar nak bermain mcm mane. Paling sedih sorang je kidal kat pemain perempuan. Haha. Mintak tolong lelaki yg kidal la sikit2. Sebaik semua sporting. Kat sana bleh tahan ramai jugak kawan2. Dah 2 bulan lebih kat situ tak mungkin tak de kawan kan? haa. Macam2 benda dah terjadi. Oh oh. Hri jumaat hritu ada roadrun and ika dapat num 15! haha. Dapat medal. Tak sangka wo. Dah makin gemuk dah ika. Sedih. Ingatkan tak dapat num. Alhamdulillah dapat. Sblum nak balik asrama nie, last but not least, love you. Haha. To someone actually. Sedih tak dpt contact mcm dulu dah. But nevermind. Rindu akan berputik sentiasa di hati ini. Cewah. Haha. Sekian dri ika. Assalamualaikum. Have a nice day.
Baju sofbol. 
Medal. 

Softballer xD

Monday, January 6, 2014

Heh.

Assalamualaikum. Hai. Sihat? :) In shaa Allah sihat? Heee. Semalam mmg hari yg penuh dugaan.. Dan penat. Haha. Semalam gi hntr sis gi sklh dia. Perghh. Lama pulak kat situ. Penat wo. Then Kena tunggu la. Kena lari dri dewan ke dorm tingkat atas sis la. Ya Allah. Mmg semalam exercise hbis! Hahaha.
First, saje je nak dtg sklh sis lambat2. Spatutnya dtg pkul 2. Tapi kiteorg bertolak pkul 3.20. Hahaha. Yg lain dah siap lepas zohor tu. Ika bru nak terhegeh-hegeh bersiap pkul 3.15 tu. Hahaha. Pikir tak pyh ikut. Last2 semua dah bersiap. Takkan nak stay kat rumah kot kan? Trus pi follow dorang. Hoho. Barang sis bwk pi sana... Mcm nak pindah rumah je gaya. Lebih 5 bag kot dia bwk pi sana. Ya Allah. Dah la dpt tingkat atas. Paling tinggi. Thun lepas tingkat bawah. Senang la sikit. Nie dah tingkat atas mmg kehausan. Haha. Bleh pulak tu. Time pendaftaran surat tertinggal kat dorm? Ya rabbi. Kena pi naik dorm dia pulak. Dri dewan ke dorm? Bayangkan.. Dah la jauh. Dekat 400 or 500 meter cem tu la. Klau ulang alik dekat 1 km. Gila. Haha.
Punya la urgent tu smpai lari tak cukup tanah. Dah la sis tu asma. Dgn ubat nya tak bawak. Entah kat mana dia letak tah. Pelik gila. --' tapi bleh tahan laju gak sis lari. Wuu. Tapi tu la. Ika smpai dulu kk :p hahaha. Tapi serius la. Rasa semalam bnyk je prob. Dgn pad locker pun sis tertinggal... Mcm apa je perangai -.-
Time tu pun dugaan mmg datang like gedebush! Hahaha. Alhamdulillah. Allah sayang. Tu yg Allah uji tu. Hehe. Lepas siapkan semua hal sis tu.. Haa.. Mula la rasa kelaparan. Mana tak nya, last makan pkul 11 kot. Time tu dah pkul 6 ptg. Hoho. Lapar gila! --' Ika asyik merengek lapar je. Haha. Mcm budak kecik. --' semalam makan kat mana tah. Area kajang. Dan tutti frutti! Hehe. Sedappp. Haha. Pilihan adik tak sedap. Ibu kata pahit! >< hahaha. Bnyk sgt kombinasi nya. Mana tak nya xD
Tempat makan dan tutti frutti! ><

 Bergambar sakan. Haha :p

Tu semalam punya cerita. Hari nie punya cerita pulak... Hm. Sedih. Dan bleh la gembira jugak..

Hari nie dpt thu Na akan pindah dan lina udah pergi. Huhu. Tinggal la Ika berseorangan di kelas itu. semua budak asrama.. Ika mana rapat dgn dorang. Hm. Harap sgt dpt pindah. Harap2 dpt la.. Doa kan ya? :')

Oh. Hari nie tetibe je dpt present! Haha. Terkejut gilaa >< dri ina from istanbul and dri nik for my belated birthday. Cehh. Hahaha. Mungkin rezeki. Nik merapu ckp ika 3 tahun berturut-turut bgi dia hadiah. Entah btol entah tidak. Ika sendiri dah lupa. Hahaha --' rezeki puasa sunat hari nie kot? Haha. In shaa Allah. 

This the gift from ina and nik. Hee :)

That's all. Have a nice day all! May Allah bless you. Take care. 'Always in my mind, ALAIZAZ' :) Assalamualaikum.. 

Thursday, January 2, 2014

First day school of 2014.

Assalamualaikum. Haiii. Sihat? Heee. Hari nie first day sekolahhh. Muehehehe. Mcm tak caye je -_- hahaha. First day nie Alhamdulillah tak mcm budak sklh lain dah dpt hw bagai semua tu. Errr. Serius tak ready lagi woi! -_- haishh. Knape la start sklh hari nie? Hm hm. Patutnya isnin minggu depan la. Nak jugak hari khamis T.T

Hahaha. Mmg tak dpt terima hakikat lagi. Err. Tapi apa2 pun... Sekolah dah pun bermula semula and you know what? I'm sweet sixteen! Oh my! I just can't believe it. Why it so fast... Hahaha --' haih. Berdrama pulak Ika kat sini. Hehe. Actually kan... Tak de la bnyk benda pun nak cerita untuk first day sklh hari nie. Just ada program hala tuju kat surau smpai la hbis persekolahan. Oh, btw! Lama gilaaaaaa perhimpunan tadii. Ya Allah. Serius tak sangka weii. Hmpir 2 jam wei kiteorg duduk dlm dewan tu. Bnyk btol amanat yg diberikan. Hahaha --'

Oh, melalui perhimpunan tu jugak bru aku dpt thu brape org yg dpt 8 and 7A. Wahh. Dahsyat ah. Ramai kott.


9A - 52 orang.
8A - 29 orang.
7A - 22 orang.
Gred purata - 1.39


Walaupun gred purata tu tak dpt seperti yg cikgu targetkan... Tapi Alhamdulillah la semua pelajaran 100% lulus. Heee. Cikgu target 1.31 . tapi itu je la yg kami mampu. Alhamdulillah. Dpt jugak bangga kan nama sekolah walaupun bukan Ika ler org tu. Haha. Bertuah rasanya lahir tahun 1998 nie. Cehh. Hahaha

Oh. Tapi agak tension gak la first day sklh nie. Haiyoo. Blum pape dah kena stay. Eee. Itu pun ada reason sbb nak ambik buku teks. Ya Allah. dah la tido lewat bgun awal. Pastu kena stay pulak tu. Haiyoo. Mmg ngantuk hbis la. Mesti tertnye-tnye asal tak bleh tido awal kan? Haaa. Reason nya sbb mmg tak set masa nak tido pkul brape bagai nie. Dah biase cuti nie tido lambat. Ada yg kdg2 tu tak tido sehari. Haaa. Gila tak gila. Itu la yg terjadi time cuti. Patutnya time cuti la tido cukup en? Tapi Ika lain. Lagi tak cukup tido ada la. Hahaha. Sabor je la --'

Ehh. Azam 2014? Haaaa. Ika tak thu la nak letak azam apa. Tapi klau bleh nak jadi positive thinker. Always! And rajin. Sangat di perlukan yaa. Dan fokus dlm pelajaran. Spm menunggu woo. Walaupun pmr tak dpt straight A's tak semestinya spm tak bleh kan? Haa. Think positive okayy. Bila kita think positive.. Bru kita dpt jadi positive thinker! Yeahh! Hahaha.
Oh. Nak kongsi ada ayat2 yg dpt dri program hala tuju tu. Semuanya bermanfaat dan memberi motivasi pada diri sendiri. Hanya perlu ada kesedaran dlm diri dan keinginan nak berubah tu! Kena ada okay!


'When we wake up in the morning We have two simple choices. Go back to sleep and dream Or Wake up and chase those dreams. The Choice is OURS!'

'Beruntunglah orang yang berpagi-pagian dalam mengingati Allah' -Hadis Nabi saw
'
Jihad memerlukan pengorbanan dan disusuli dengan keikhlasan. Bila kita tak ikhlas, amalan itu bagai debu-debu yang berterbangan. Ia menjadi sia-sia.'

'Kita memang tak boleh jadi orang lain Tapi kita boleh jadu orang yang lebih baik.'

'The only person you should Try to be better than, Is the person You were yesterday.'


That's all yg sempat Ika salin. Hehe. Maklum la. Bila tak sklh tulisan mmg cantik yang teramat sangat! Puih. Hahaha. Enjoy your day. Smile as much as you can. Don't let your heart a break. Don't let your life control by someone else. It's your life. Your own story. Not them. Make your own story. Happy ever after in shaa Allah. Keep smiling! May Allah bless and ease everything. Assalamualaikum :)
Ini saja. Hahaha. Mmg nama mcm nak announcement je cara . muehehehe